PENGENALAN dunia ini adalah penganut agama Kristian. Agama Kristian

PENGENALAN

Agama memainkan
peranan yang penting dalam kehidupan manusia sama ada lelaki atau perempuan.
Pada zaman yang moden ini, ramai manusia yang mendekatkan diri dengan agama
untuk mencari sesuatu ketenangan. Agama juga digunakan oleh manusia sebagai
tempat untuk melupakan segala masalah yang mereka hadapi dalam kehidupan. Bagi
manusia sama ada lelaki atau perempuan, agama merupakan satu keperluan yang
tidak dapat dielakkan.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

 Karl Marx iaitu salah satu ahli sosiologi yang
terkenal pernah menggambarkan agama sebagai candu. Beliau menyatakan bagaimana
masyarakat pada ketika tersebut menggunakan agama sebagai tempat untuk
meluahkan perasaan serta masalah mereka. Ramai penganut Kristian pada ketika
itu berkunjung ke gereja untuk meluahkan masalah serta perasaan mereka. Apabila
penganut-penganut Kristian ke gereja, mereka lupa akan masalah yang dihadapi oleh
mereka. Hal ini menyebabkan Marx menyifatkan agama sebagai candu di mana ia
boleh menyebabkan masyarakat menjadi mabuk dan lupa masalah-masalah yang
dihadapi oleh mereka.

 

 Agama Kristian merupakan antara agama yang
terbesar di dunia. Agama Kristian mempunyai ramai pengikut di seluruh dunia.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Pew Research Center’s Religion and Public
Life Project (2012), 31.5% penduduk di dunia ini adalah penganut agama
Kristian. Agama Kristian dianuti oleh ramai penduduk di dunia adalah kerana
mereka tertarik dengan ajaran-ajaran yang disampaikan oleh pengasasnya iaitu
Jesus. Jesus juga dikenali sebagai Christ
atau Yesus. Dalam membincangkan hal-hal berkaitan dengan agama, isu-isu gender
adalah tidak dapat dielakkan. Dalam agama Kristian juga terdapat isu-isu yang
dibincangkan berkaitan dengan peranan lelaki dan perempuan.

 

Pengkaji
memilih agama Kristian untuk dijadikan sebagai fokus untuk mengkaji tentang
kedudukan wanita dalam agama ini. Dalam mengkaji kedudukan wanita, pengkaji
akan memberi tumpuan kepada peranan wanita dan lelaki dalam aktiviti pemujaan
sama ada di rumah atau gereja. Selain itu, pengkaji juga akan melihat kepada
larangan-larangan tertentu bagi wanita dan lelaki. Seterusnya, pengkaji juga
akan melihat kepada sama ada terdapat keseimbangan gender antara wanita dan
lelaki dalam agama Kristian ini. Akhir sekali, pengkaji akan memberi fokus
kepada kedudukan wanita dan lelaki pada masyarakat hari ini yang dipengaruhi
oleh tahap pendidikan dan perkembangan semasa.

 

ULASAN LITERATUR

Konsep Gender

Gender merujuk
kepada idea-idea serta amalan-amalan yang ditentukan secara sosial oleh
masyarakat tentang bagaimana untuk menjadi seorang wanita dan bagaimana untuk
menjadi seorang lelaki. Gender juga dilihat dari perspektif bagaimana biologi
seseorang individu dihargai dan bernilai dalam sesebuah budaya serta
ditafsirkan kepada idea-idea yang dapat diterima oleh masyarakat setempat
tentang bagaimana untuk menjadi seorang wanita atau lelaki. Gender dan
kekuasaan hierarki antara wanita dan lelaki adalah dibina secara sosial dan
tidak diperoleh sejak daripada lahir (Reeves dan Baden, 2000).

 

 Gender merupakan sesuatu yang dilakukan oleh
individu pada setiap hari (Holmes, 2007). Holmes (2007) mengatakan bahawa
gender merupakan peranan atau role yang dipersembahkan oleh individu dalam
kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, wanita berkelakuan sopan dan
meluangkan masa di rumah dengan menjaga anak serta memasak untuk ahli keluarga
yang lain. Para lelaki pula dikehendaki untuk mencari punca pendapatan untuk
keluarga dan menjadi seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab. Peranan yang
dijalankan oleh para wanita dan lelaki dalam kehidupan seharian mereka
merupakan ekspektasi sosial masyarakat terhadap mereka. Oleh itu, Holmes (2007)
menyatakan bahawa gender merupakan sesuatu yang dilakukan oleh individu sama
ada wanita atau lelaki pada setiap hari.

 

 Gender merupakan konstruksi sosial dalam
masyarakat. Gender tidak ditentukan sejak seseorang individu dilahirkan tetapi
dibentuk atau dikonstruk oleh budaya atau adat yang diamalkan dalam sesebuah
masyarakat. Gender merupakan persepsi, perlakuan serta tindak tandak individu
yang terhasil daripada proses sosialisasi yang berbeza dari segi peranan,
tanggungjawab, pengagihan kuasa, sumber-sumber dan hak-hak di antara lelaki dan
perempuan. Gender adalah berbeza dan ia boleh berubah mengikut masa. Gender
juga merupakan persepsi seseorang tentang sifat-sifat lelaki dan perempuan.
Sebagai contoh, seseorang lelaki haruslah kuat, garang, maskulin manakala perempuan
haruslah lemah lembut, bersopan santun dan feminin.

 

Konsep Agama

Perkataan agama
berasal dari bahasa Sanskrit yang bererti “tradisi”. Perkataan agama juga dapat
disamakan dengan perkataan “religion”
dalam bahasa Inggeris, “religie” dalam
bahasa Belanda serta “religio”
berasal dari bahasa Latin yang bermaksud mengikat.

 Menurut Taylor (1871) dalam bukunya yang
bertajuk “Primitive Culture”, agama
ini merujuk kepercayaan kepada “Spiritual
Beings”. James (1985) mengatakan bahawa agama merupakan perasaaan,
perbuatan atau pengalaman yang dirasai oleh individu-individu serta sejauh mana
mereka memahami hubungan antara diri mereka dengan sesuatu yang dianggap
sebagai berkuasa. O’dea (1966) pula menggambarkan agama seperti budaya di mana
ia adalah perubahan pengalaman simbolik.

 

Agama
biasanya merujuk kepada kepercayaan kepada Tuhan. Selain itu, ia juga merujuk
kepada kepercayaan terhadap sesuatu kuasa ghaib atau kuasa sakti seperti dewa. Agama
merupakan satu kepercayaan atau ajaran yang dianuti oleh seseorang. Agama
merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif dan kepercayaan ini adalah
mengenai aspek ketuhanan. Agama melibatkan sebuah komuniti manusia.

 

Agama
boleh dikesan melalui beberapa fenomena dalam masyarakat. Pertama, agama boleh
dilihat melalui perlakuan dalam kalangan masyarakat seperti bersembahyang,
perayaan dan upacara. Orang yang beragama mempunyai sikap yang baik seperti
hormat-menghormati serta anggapan yang suci dan bersih terhadap agama. Fenomena
agama ini juga dapat dikenal pasti melalui pernyataan seperti jampi, mantera
dan kalimat suci serta benda-benda material iaitu masjid, gereja, azimat dan
tangkal. Agama juga merupakan pedoman untuk membimbing manusia ke arah
kehidupan yang sempurna. Justeru, agama telah diwujudkan untuk memenuhi keperluan
manusia.

 

 Agama dapat dibahagikan kepada agama samawi
dan agama budaya. Antara agama samawi adalah agama Islam, agama Kristian dan
agama Yahudi. Agama-agama ini dikatakan sebagai agama samawi adalah kerana
agama ini bersumberkan wahyu daripada Tuhan. Agama ini juga mempunyai Rasul
mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, Nabi Muhammad merupakan Rasul kepada
agama Islam. Agama budaya pula merupakan agama yang tidak bersumberkan wahyu.
Antara agama yang termasuk dalam agama budaya ini adalah agama Buddha dan agama
Hindu.

 

 

 

 

 

ASAL USUL AGAMA KRISTIAN

Menurut Ulfat Aziz
(1976) di dalam bukunya yang bertajuk “The
Great Religions of the World”, agama Kristian adalah berkisar tentang
perjalanan hidup Nabi Isa atau Jesus
Christ. Jesus dikatakan berketurunan Yahudi. Sebekum kehadiran Jesus, kaum
Yahudi merupakan pengikut kepada Nabi Musa atau dikenali sebagai Moses. Nabi
Musa ini menggunakan kitab Taurat untuk menyampaikan ajaran beliau. Dalam kitab
tersebut, ia mengandungi hukum hakam dan syariat Nabi Musa yang diperintahkan
oleh Tuhan kepada bani Israel. Tuhan menurunkan Jesus atau juga dikenali sebagai
Nabi Isa kepada bani Israel untuk mengembalikan mereka kepada jalan yang
sebenar. Hal ini kerana penyelewengan dan penipuan yang berlaku dalam kalangan
bani Israel telah menyebabkan kelalaian dan kejahilan berleluasa. Jesus
diturunkan untuk menyelamatkan mereka daripada semua penyelewengan dan penipuan
ini.

 

Kehidupan Jesus

Jesus dikatakan
lahir di Palestin. Kelahiran beliau ini dianggap sebagai suci. Hal ini kerana
beliau dilahirkan oleh ibu beliau yang merupakan perawan ataupun anak dara. Ibu
beliau yang bernama Siti Mariam (Maria) melahirkan Jesus tanpa bapa (Ulfat
Aziz, 1976). Kerasulan Jesus dikatakan bermula semasa beliau berumur 30 tahun. Jesus
amat gigih dalam menyampaikan ajaran beliau kepada para Yahudi. Ajaran beliau
yang menyeru agar kaum Yahudi berbalik semula kepada ajaran yang sebenar telah
dapat diterima baik oleh kaumnya.

 

 Oleh sebab ajaran yang disampaikan oleh Jesus
diterima dengan baik oleh kaum Yahudi, maka pengaruhnya berkembang dengan cepat.
Hal ini menyebabkan para ulama Yahudi berasa kedudukan dan pengaruh mereka
tercabar dan terancam. Maka, para ulama Yahudi telah mempengaruhi pihak
berkuasa Rom yang memerintah Palestin pada ketika itu untuk menangkap Jesus. Para
ulama Yahudi menyatakan bahawa Jesus merupakan seorang aktivis yang bahaya dan ia
akan mengancam kedamaian dan keharmonian.

 

Pihak
Rom ketika itu berjaya diperdayai oleh para ulama Yahudi. Hal ini kerana mereka
bimbang akan berlakunya perebutan kuasa jika pengaruh Jesus terus berkembang. Pihak
Rom telah menangkap Jesus pada tengah malam. Tuduhan yang dibawa terhadapnya
adalah beliau mendakwa bahawa dirinya sendiri merupakan “The King of Jews”. Hal ini menyebabkan Jesus dijatuhkan hukuman
mati di mana beliau telah disalib (Ulfat Aziz, 1976). “Good Friday” ini telah diraikan oleh penganut Kristian sebagai
tanda mengingati Jesus yang telah disalib. Selain itu, penganut Kristian juga
percaya bahawa Jesus telah dihidupkan semula oleh Tuhan pada hari Ahad dan hari
kebangkitan ini dikenali sebagai “Easter
Day”.

 

Ajaran Jesus

Jesus dikatakan
bukan pengasas kepada agama yang baru tetapi beliau datang untuk menghidupkan
semula apa yang telah diajar oleh nabi-nabi sebelum ini (Ulfat Aziz, 1976). Jesus
sendiri yang menyatakan “Think not that I
am come to destroy the law, or the prophets; I am come not to destroy, but to
fulfill” (St. Matthew, 5:17-19). Jesus diturunkan untuk mengembalikan kaum
Yahudi supaya berbalik semula ke jalan yang sebenar. Jesus menyampaikan ajaran
berkaitan dengan Tuhan merupakan seorang yang sangat penyayang dan Tuhan sayang
kepada semua manusia. Hal ini kerana pada ketika tersebut terdapat sesetengah
kaum Yahudi yang menganggap Tuhan adalah sangat jahat. Jesus membetulkan semula
persepktif tersebut dengan mengatakan Tuhan adalah sangat baik dan penyayang
(Ulfat Aziz, 1976). Ajaran yang disampaikan oleh Jesus adalah agama yang datang
daripada Tuhan. Ajaran yang disampaikan oleh beliau adalah sama seperti ajaran-ajaran
yang disampaikan oleh nabi-nabi sebelumnya. Jesus datang untuk menghidupkan
semula agama Tuhan yang sebenar dan menjadikan kaum Yahudi sebagai penganut
yang benar (Ulfat Aziz, 1976).

 

Perkembangan Kristianiti

Pengikut Jesus
pada mulanya dikenali sebagai Nasrani (Nazarenes). Perkataan “Kristian” wujud kira-kira
seratus tahun kemudian di Antioch (Ulfat Aziz, 1976). Saul atau Paul merupakan
seorang ulama Yahudi yang paling taksub memerangi Jesus dan pengikutnya. Selepas
ketiadaan Jesus, Paul sangat aktif menyertai gerakan ajaran Jesus. Hal ini
menimbulkan keraguan orang ramai kerana sebelum ini Paul sangat aktif memerangi
Jesus dan pengikutnya.

           

 Setelah Paul memeluk agama Kristian, beliau
mengembangkan ajarannya kepada orang melalui bantuan daripada rakanya dan juga
anak muridnya iaitu Barnaba dan Luke. Pada mulanya, ramai pengikut Jesus yang
menentang Paul. Sesungguhpun begitu, Paul tidak pernah putus asa dalam
menyampaikan ajaran beliau. Paul menggandakan usahanya lagi dengan menyampaikan
ajaran beliau sehingga ke beberapa buah negara seperti Asia Kecil, Cyprus dan beberapa
buah negara lain seperti Rom ([email protected], 1996). Akhirnya, usaha beliau
berjaya menarika ramai pengikut. Ajaran Paul ini menjadi asas kepada
kepercayaan agama Kristian.

Ajaran Baru Paul

Selepas Paul
menjadi semakin terkenal dan diterima oleh orang ramai. Paul telah menggunakan
kesempatan ini untuk mengajarkan satu ajaran yang baru iaitu beliau mendakwa
bahawa Jesus merupakan anak Tuhan. Jesus telah dihantar oleh Tuhan untuk menebus
semua dosa manusia yang telah diwarisi daripada manusia pertama iaitu Adam. Paul
juga menyatakan bahawa sesiapa yang percaya kepada ketuhanan Jesus ini akan
dapat diselamatkan di dunia dan juga akhirat. Selain itu, dalam ajarannya juga
terdapat Triniti ataupun dikenali sebagai Tritunggal, pensaliban Jesus di kayu
salib adalah untuk penebusan dosa warisan, tidak perlu berkhatan serta tujuh
doktrin Paul ([email protected], 1996).

 

Kewujudan Gereja Protestan

Pada tahun 1024, gereja Barat di Rom telah berpisah dengan
gereja Timur atau lebih dikenali sebagai Ortodoks yang berpusat di Iskandariah.
Hal ini kerana berlakunya percanggahan pendapat berkaitan dengan Tuhan Roh
Kudus. Perpecahan gereja yang kedua berlaku pada tahun 1500 apabila seorang
paderi German yang bernama Martin Luther memprotes karenah gereja di Rom. Hal
ini berkaitan kutipan pembiayaan pembesaran gereja Rom dengan penebusan dosa. Pemprotesan
beliau ini menyebabkan wujudnya gereja Protestan di mana gereja ini menganggap
bahawa gereja Katolik adalah sesat.

 

 Kemudian, gereja Protetstan
semakin bertambah sehingga mencapai jumlah yang banyak. Antara gereja-gereja
tersebut adalah gereja Baptis, Metodis, Sidang Injil
Borneo, Seventh Day Adventist, Preybestryian dan lain-lain. Gereja
Katolik pula hanyalah satu. Penganut Kristian Protestan adalah sebanyak
2 bilion di mana ia melebihi jumlah pengikut Kristian Katolik. Penganut Kristian Katolik di Malaysia tertumpu di
kawasan-kawasan seperti Melaka, Lembah Klang, Sabah dan Sarawak.

 

Peranan Wanita Dan Lelaki Dalam
Agama Kristian

Menurut Kohara (2006), Kristian adalah agama yang selalu terlibat dalam isu-isu yang berkaitan dengan wanita dan agama. Hal ini kerana wanita Kristian mula menegaskan bahawa wanita sepatutnya mempunyai hak yang sama dengan lelaki. Dalam gereja-gereja Kristian kontemporari dan di dalam bidang teologi yang difailkan, tema yang berkaitan dengan wanita telah mula mendapat banyak perhatian. Seseorang akan dikritik jika isu berkaitan wanita dilihat daipada perspektif lelaki dan bukannya wanita. Ini menunjukkan betapa pentingnya untuk mempertimbangkan perspektif wanita.

 Apabila berbicara
mengenai kesaksamaan lelaki dan wanita, pelbagai pandangan diberikan terutama
melibatkan peranan masing-masing yang ada perbezaan dan persamaan. Dewasa ini,
sudah berlaku perubahan antara dua posisi, iaitu kedudukan wanita dalam gereja
dan masyarakat. Kedua, pandangan tentang peranan wanita dan statusnya. Pertama,
wanita hanya sebagai ibu rumah tangga merupakan fahaman tradisional. Kedua, wanita
bekerjaya yang bererti bahawa wanita dapat mengambil bahagian dalam fungsi
sosial atau masyarakat sebagaimana kaum lelaki.

 Kini, terdapat perubahan dalam budaya dan masyarakat moden. Dalam dunia sekular, corak peranan lelaki dan wanita telah mengalami perubahan besar. Gereja yang terpencil juga terlibat dengan perubahan ini. Pihak gereja kini mempunyai peluang untuk meneliti semula isu-isu yang mempunyai pemikiran lama. Melalui penelitian semula, pengajaran Al-Kitab yang tersembunyi atau diputarbelitkan dapat dipulihkan dan berbicara dimensi baru. Laporan ini akan mengkaji peranan wanita dalam kehidupan gereja dan persoalan wanita berkhidmat di pejabat gereja (Associate Reformed Presbyterian Church, 2005).

 

 Hal ini berdasarkan
kepada gereja yang sudah mula menerima perempuan dan lelaki memiliki kesetaraan
dalam bidang kepimpinan. Ramai yang telah menerima perempuan sebagai pendeta
atau gembala sidang, dan pengajar yang sama rata dengan lelaki. Kebanyakan umat
Kristian telah menerimanya sebagai fakta dan menjadi sebahagian sejarah
kekristenan di pelbagai negara.

 

 Secara umum, gereja-gereja Liberal menerima
perempuan sebagai pemimpin dan menempatkan kesejajarannya dengan lelaki. Namun
begitu, ia tidak dapat mengubah norma dan budaya suatu daerah dalam hal
kesaksamaan lelaki dan perempuan. Contohnya, setiap suku dan bangsa mengakui
bahawa lelaki merupakan ketua rumah dalam sesebuah rumah tangga. Semoden apa
pun peradaban manusia di sesebuah negara, anggapan ini selalu melekat dalam
diri setiap anggota masayarkat.

 

Namun begitu, lebih ramai wanita yang menghadiri ibadah daripada lelaki.
Hal ini kerana jumlah mereka adalah lebih banyak daripada lelaki. Sementara
itu, Max Weber menyatakan bahawa wanita mempunyai kecenderungan keagamaan yang
berbeza dengan lelaki. Golongan wanita menunjukkan daya reseptif yang kuat
terhadap semua hal keagamaan kecuali yang berorientasikan ketenteraan. Weber
menambah lagi bahawa wanita cenderung untuk mengambil bahagian dalam kegiatan
keagamaan. Justeru itu, kita dapat melihat bahawa wanita memainkan peranan
penting di gereja.

 

PERANAN WANITA DI GEREJA

Wanita dalam Gereja Tradisional

Wanita
selalunya dilihat sebagai objek seks kepada lelaki. Wanita dieksploitasi dan
ditindas kerana mereka dianggap sebagai harta benda lelaki. Masyarakat
tradisional Afrika menganggap wanita sebagai kelas kedua (second class). Wanita juga sering dikaitkan dengan beberapa
perkataan seperti dapur, periuk yang lama, lembu serta anjing. Hal ini menunjukkan
bahawa wanita dipandang hina dan berada di kedudukan yang rendah dalam
masyarakat tradisional Afrika (Daniel, 2010). Dalam sesebuah budaya pula,
masyarakat beranggapan bahawa wanita tidak berkelayakan untuk mendapat
pendidikan. Hal ini kerana mereka menganggap bahawa wanita tetap akan berkahwin
dan bukan kepunyaan keluarga selepas wanita berkahwin (Daniel, 2010). Oleh
sebab wanita mempunyai harga diri yang rendah serta dipandang hina oleh
masyarakat, maka hal-hal kepimpinan diserahkan kepada lelaki. Jadi, wanita
banyak melakukan kerja-kerja di gereja berbanding dengan lelaki yang menjadi
pemimpin (Daniel, 2010).

 Wanita Dalam Gereja AwalMenurut Gasque (1988), terdapat banyak contoh di mana wanita sebenarnya terlibat dalam tugas-tugas yang penting, bahkan dalam peranan kepimpinan dalam gereja awal. Sebagai contoh, sangat jelas dari 1 Korintus 11 dan dari Kisah 21: 9 bahawa wanita berdoa dan berkhutbah di gereja awal. Oleh itu, sangat jelas, bahawa wanita di gereja awal telah memimpin dalam upacara doa dan melakukan ramalan. Gasque (1988) juga memberikan contoh di mana Paul dalam Roma 16: 1-2 menyebutkan teman baiknya, Phoebe, yang disebut “seorang diakon.” Terjemahan cenderung memanggilnya sebagai “deakoni” atau hanya “pelayan” gereja: kata yang digunakan adalah perkataan yang sama diterjemahkan ke tempat lain “diakon”; dan ia adalah perkataan sama yang biasanya diterjemahkan dalam Perjanjian Baru sebagai “penambang.” Ia dikaitkan dengan idea asas tentang apa yang dimaksudkan sebagai seorang menteri Yesus Kristus (lihat Markus 10:45). Paul juga bercakap mengenai Phoebe sebagai “penolong” di gereja (prostat Yunani, lebih baik diterjemahkan sebagai “penjaga” atau “pelindung”, dan sekali lagi adalah perkataan yang menunjukkan kedudukan kepimpinan di gereja awal. (Teks-teks lain yang bercakap mengenai wanita yang berkongsi diakon ialah 1 Timotius 3: 11, 1 Timotius 5: 3-16 dan Titus 2: 3).                Gasque (1988) juga mendapati wanita terlibat dalam penginjilan dan pengajaran. Semua wanita ini merupakan sahabat kepada Paul. Sebagai contoh, dalam Filipi 4: 2,3 pasangan yang disebutkan, Euodia dan Syntyche, yang “telah bekerja bersama-sama dengan saya dalam Injil.” Hal ini bermakna bahawa mereka terlibat bersama Paul dalam penginjilan sebagai perintis. Gasque (1988) menambah lagi Roh Kudus diberikan dalam pengajaran Perjanjian Baru kepada kedua-dua lelaki dan wanita tanpa pembezaan. Roma 16: 7 menyebut pasangan yang “terkenal di antara para rasul” – dan dalam pengertian Paul, salah satunya adalah bernama Andronicus. Nama tersebut merupakan salah satu contoh seorang rasul wanita di gereja awal.                Pemandangan tradisional menganggap bahawa wanita di gereja dan di rumah selalu berada dalam penyerahan kepada lelaki dan di bawah kepimpinan lelaki. Contohnya, dalam I Korintus 11: 11-12, Paul menekankan prinsip saling bergantungan antara lelaki dan wanita. Ayat 5 menjelaskan bahawa wanita dibenarkan untuk berdoa dan berkhutbah dalam ibadah umum. Oleh itu, apa sahaja yang saya maksudkan dalam I Korintus 14, di mana Paul berkata wanita tidak bercakap, dan saya Timothy 2, di mana Paul berkata bahawa dia tidak membenarkan seorang wanita untuk mengajar atau mempunyai autoriti ke atas lelaki tidak boleh difahami sebagai larangan mutlak. Teks-teks ini harus difahami dari segi apa yang sebenarnya dilakukan wanita di gereja awal dan dari segi prinsip-prinsip teologi asas yang lain (Gasque, 1988).